Panduan Peraturan Pertandingan M1STRIKE
A. SASARAN SERANG BELA SAH DAN LARANGAN
- Konsep BELADIRI M1STRIKE asas serangan tangan (SIKAP JUAL) adalah seperti TUMBUKAN, PARANG DAN BELAH, serangan kaki SERANGAN KAKI DIBENARKAN SEPERTI SEPAK LAYANG, TENDANG TERUS, TENDANG SISI DAN YANG TERSESUAI DENGAN KAEDAH, LUTUT, TEKNIK SAPUAN KAKI MENJATUHKAN SERTA KAEDAH JATUHAN TANGKAPAN DENGAN TANGAN. Sasar kearah kepala adalah hanya kepada bahagian DAHI sahaja, DADA, PERUT DAN RUSUK dibenarkan menyiku teknik lengkar dalam dan luar ke arah sasaran dada, perut sahaja, dan menendang dibolehkan di bahagian dada, perut dan rusuk kanan kiri badan. Sasaran di kecualikan TIDAK DIBENARKAN adalah pada BAHAGIAN sekitar ANGGOTA MUKA (WAJAH MATA, HIDUNG, TELINGA, MULUT) HINGGA RAHANG, BELAKANG KEPALA, LEHER dan SEPANJANG BAHAGIAN BELAKANG BADAN, KEMALUAN, DALAM ATAS PEHA DAN PUNGGUNG (tidak dibenarkan bagi tujuan mengelak kecederaan saraf besar).
- Kaedah sambut (SIKAP BELI) beladiri dalam perlawanan adalah mengikut cara kemahiran seni beladiri masing-masing secara asasnya adalah seperti kaedah tangkisan, tepis, tangkap, kunci, pelepas kunci dan sebagainya walaupun begitu dikecualikan kuncian pada leher keatas hingga kepala, ruas sendi kecil seperti jari tangan dan tungkai kaki contohnya memulas, piuh, sentak atau henyak. Selagi ada aksi TIADA arahan “HENTI”.
- Apabila kedua peserta berada di lantai (tangan dan kaki menyentuh lantai), M1STRIKE tidak membenarkan pesilat menyerang kepala lawan dengan tendangan, lutut dan tidak diperbolehkan menyiku langsung secara vertikal dari atas ke bawah (arah jam 12 ke jam 6). M1STRIKE melarang pesilat menendang, menyepak kepala lawan (gaya sepak bola) dan menghenyak kepala atau badan lawan yang sedang berada di lantai gelanggang metras.
- “Foul” atau BATAL pada aksi lain apabila pesilat dalam keadaan:-
menyepak kemaluan, mengigit, mencakar, menarik rambut, melakukan takedown jatuhan untuk kuncian di luar gelanggang, timidity (pesilat enggan menyerang lawan), menyerang bagian belakang kepala dan sepanjang tulang belakang, menyiku vertikal atau menghenyak saat lawan berada di lantai, dan tidak hirau arahan pengadil. Apabila salah satu pelanggaran dilakukan, pengadil perlawanan akan memberi TEGURAN, dan apabila petarung tetap melakukan foul kesalahan ke-dua (2) pengadil berhak menolak/minus (-1) satu mata/point, dan apabila pesilat melakukan kesalahan ke tiga (3) kali, maka pengadil perlu menghentikan pertarungan dan mengumumkan keputusan DISKUALIFIKASI.
- Apabila terjadi inactivity atau keadaan pasif TIADA serangan antara petarung, PENGADIL memperbolehkan “position time reset” ARAHAN BERLAWAN iaitu bila kedua petarung tidak melancarkan serangan saat berada di lantai untuk kembali berdiri. Apabila inactivity terjadi saat kedua petarung berdiri dan tidak menyerang, pengadil menegur kedua petarung dengan sebutan arahan “LAWAN”, atau “MULA” tergantung kepada olahan arahan dari pengadil bertugas dalam perlawanan tersebut.
- PAKAIAN SERAGAM PERLAWANAN M1STRIKE tidak memperbolehkan petarung menggunakan gi, atau seragam yang umum digunakan praktisi judo, taekwondo, jujitsu, karate, tanpa baju dan celana pendek. M1STRIKE mewajibkan penggunaan baju SILAT WARNA HITAM, WAJIB MEMAKAI SARUNG TANGAN SENI BELADIRI, pelindung gigi jika perlu, dan pakai pelindung kemaluan.

B. Durasi Pertarungan M1STRIKE/M1STRIKE FIRE
Pertarungan seperti berikut:-
- KATAGORI AMATUR (20 tahun ke bawah) untuk acara M1STRIKE FIRE – TIGA (3) MINIT.
- KATEGORI TERBUKA (60 tahun ke bawah) untuk acara M1STRIKE –LIMA (5) MINIT.
- PERLAWANAN INI BERLANGSUNG UNTUK SATU (1) PUSINGAN SAHAJA. Durasi waktu ini untuk acara pertarungan adalah bagi acara non-kejuaraan ataupun kejuaraan pertandingan M1STRIKE atau M1STRIKE FIRE (Pencarian Bakat).
- SESI TIMBANGAN (URUSETIA TEKNIKAL)
- Temu Timbang Daftar, jam masa waktu ditentukan.
- Sesi perlawanan – sejam sebelum perlawanan;
- Lebih berat dan timbang ulang – setengah jam sebelum perlawanan;
- TIADA TIMBANG ULANG, KEPUTUSAN UNDUR DIRI.
C. Skoring Dalam M1STRIKE
Skoring M1STRIKE, adalah seperti berikut:-
- KUNCIAN dalam masa 10 detik perlawanan adalah KEMENANGAN “K.O.”, ATAU PESERTA BOLEH “TAP” MANA-MANA BAHAGIAN ANGGOTA BADAN ATAU LANTAI GELANGGANG TANDA MENGAKU KALAH
- DAHI, DADA, PERUT, RUSUK DAN JATUHAN LAWAN adalah SASARAN SAH – PENILAIAN ADALAH MELIHAT KEPADA KETAHAN INDURANCE PESERTA SEPANJANG PERLAWANAN DALAM MASA 3 MINIT ATAU 5 MINIT.
- KEPUTUSAN PENGADIL MEMBERI KEMENANGAN KEPADA SALAH SATU SUDUT YANG DIYAKINI ADALAH PEMENANG PERLAWANAN ADALAH MUKTAMAT.
- ANGKA MARKAH PENUH PERLAWANAN SUDUT ADALAH MERAH 10 VS BIRU10 NILAI PENAL JURI PERLAWANAN. Markah akan berkurangan bergantung kepada prestasi peserta dalam perlawanan tersebut contoh keputusan berpihak kepada sudut (MERAH 10 vs BIRU 9) dan keputusan PENAL JURI adalah kemenangan KIRAAN UNDI. Keputusan ini hanya dibuat adalah sekiranya PENGADIL TIDAK DAPAT MEMBERI KEPUTUSAN KEMENANGAN SAHAJA.

- Lain-lain kemenangan adalah UNDUR DIRI (peserta tidak dapat meneruskan perlawanan/baling kain putih), “TKO” SEBAGAI KETENTUAN JIKA PESERTA GAGAL DALAM KIRAAN BANGUN DARI BARING DARI ATAS METRAS
- And It’s All Over!
Pertarungan dihentikan apabila terjadi dikira menang “knockout” KO, iaitu lawan yang dikunci tidak berjaya membuka kuncian beladiri. Masa melakukan kaedah kuncian kiraan dalam 10 detik di dalam perlawanan.
M1STRIKE: Keselamatan Pesilat Adalah Nombor Satu
Seawal acara sebelum berlangsung, para pesilat dimestikan dan disahkan sihat dan cergas serta mendapat surat pengesahan kesihatan oleh doktor panel yang berdaftar atau klinik yang sah demi keselamatan para peserta. Dilarang menggunakan ubat perangsang seperti steroid yang terlarang dalam aktiviti sukan atau seumpamanya. Jika pesilat menolak atau gagal mengemukakan surat pengesahan kesihatan, atau didapati menggunakan ubat peningkat perangsang staroid, maka pihak URUSETIA M1STRIKE Official berhak membatalkan penyertaan pesilat tersebut. Tindakan hukuman boleh dalam bayaran denda, larangan bertanding dalam tempoh tertentu yang ditentukan M1SILAT, malah boleh juga dikenakan lucut kelayakan menyertai pertandingan ini.
Bigger, Faster, Stronger – Masalah kes doping di M1STRIKE dan isu berkaitan sebagai panduan.
Walaupun ini adalah pertandingan yang masih baharu, tidak dinafikan terjadi banyak masalah penggunaan ubat terlarang peningkat performa (atau Performance Enhancing Drugs, PED), komisi atletik MMA, UFC, dan kebanyakan sukan beladiri melarang keras penggunaannya dan secara rutin menggelar uji kesihatan sebelum dan sesudah pertandingan. Bila terbukti positif menggunakan PED, jawatan kuasa teknikal berhak memberikan hukuman seperti denda, atau larangan bertarung dalam jangka waktu tertentu, dan juga tidak diberi kebenaran bertarung. Jenis PED yang sering digunakan adalah testosterone replacement therapy (TRT). Nama-nama petanding terkenal yang tertangkap positif menggunakan PED adalah: Alistair Overeem, Chael Sonnen, Stephan Bonnar, Cristiana “Cyborg”, Wanderlei Silva, dan akhir-akhir ini bahkan petarung legendaris Anderson Silva tertangkap menggunakan PED dalam rangka kembalinya Silva di ajang UFC 183 lalu.
- PENGADIL “Third Man In The Cage”
Pertandingan ini diadili oleh seorang PENGADIL. Ia bertindak mejalankan acara, memerhati perlawanan, mengawasi peraturan, akhirnya memberi keputusan MUTLAK pemenang secara langsung adalah di tangannya. Pengadil dipilih oleh Ketua Teknikal M1STRIKE bagi mengadili perlawanan secara khusus kepada individu yang mahir, cekap, mahir seni beladiri SILAT dan sikap neutral bebas berpihak sewaktu mengendalikan perlawanan.
Pengadil dibantu sejumlah dua (2) orang pembantu yang akan bertindak sebagai PENAL JURI penilai (rujuk tajuk: C. Skoring Dalam M1STRIKE/no.3/4/5/6), keputusan adalah muktamat.
Pertandingan ini TIDAK MENERIMA SEBARANG PROSES TUNTUTAN BANTAHAN KEPUTUSAN PERLAWANAN. SEMUA KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERLAWANAN ADALAH MUKTAMAT.
MOTO PENGADILAN “SEMANGAT KESUKANAN TERAS KESATUAN”.
- MEDIC
Petugas Medic M1STRIKE disediakan disepanjang perlawanan ini. Status dan Tugas Team Medic adalah :-
- Petugas Medic ada sijil yang diiktiraf mengikuti latihan kursus First Aid, CPR, AED yang bertauliah bagi membantu melancarkan acara sukan ini.
- Contoh senario, TUGAS MEDIC turut menyaksikan perlawanan melaporkan keputusan peserta sewaktu perlawanan (berdasarkan pemerhatian terdapat kesan kecederaan) yang TERCEDERA dari tahap kecederaan yang di alami, sebagai contoh jika ada atau terdapat kesan LUKA pada kawasan muka selain DAHI akibat serangan kepada sasaran TIDAK SAH dimaklumkan terus kepada PENGADIL yang bertugas untuk keputusan bertugas untuk menilai. Petugas Medic melihat dan melapor ke tahap kecederaan, kesiagaan peserta sama ada masih atau tidak untuk meneruskan perlawanan sahaja.
- Team Medic tertakluk kepada tugasan khusus sahaja.
- Tiada rawatan diatas gelanggang atau di premis gelanggang.
- Namun begitu diluar gelanggang, pihak Team Medic akan membantu sekadar memberi rawatan kecil (cedera ringan sahaja) seperti lebam, calar badan sahaja yang bersesuaian dengan rawatan pertolongan kecemasan, kecuali kecederaan berat akan dirujuk kepada klinik atau hospital berdekatan.
- Segala kos rawatan luar (klinik/hospital) adalah tanggungjawab peserta dan pasukan yang bertanding.
TEAM PENGADIL
a) Team Pengadil adalah dipilih dari kalangan pesilat beladiri bertaraf senior oleh Jawatankuasa M1STRIKE. Seramai 3-5 orang sahaja dilantik secara tetap sebagai pengadil bertugas bagi setiap acara perlawanan yang bakal berlangsung pada jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
b) Makluman notis bertugas bertugas kepada team pengadil.
c) Pakaian pengadil adalah, T-shirt Official M1STRIKE, seluar panjang hitam slack, berstokin dan berkasut sukan hitam.
d) Ada saguhati elaun bertugas diberi kepada Team Pengadil.
SYARAT PENYERTAAN
DAFTAR PENYERTAAN M1STRIKE/M1STRIKE FIRE
- Mengisi borang penyertaan online/boring sah M1STRIKE.
- Kanak-kanak bawah 20 tahun, sila dapatkan pengesahan ibubapa/penjaga bagi tujuan penyertaan, peserta bawah 60 tahun terkecuali.
- Satu (1) Salinan photocopy kad pengenalan yang telah disahkan JPM, hanya warga status Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja dibenarkan menyertai acara ini.
- Penyertaan dari Negara luar tidak dibenarkan.
- Surat pengesahan terkini kesihatan dari mana-mana Hospital Kerajaan sahaja.
- Menjelaskan yuran penyertaan secara online atau tunai, seperti lampiran maklumat dibawah.
- Penyertaan acara M1STRIKE FIRE/M1STRIKE adalah terbuka dan atas budi bicara anda sendiri dan pengesahan perguruan tidak diperlukan.
YURAN INI BERMULA DARI NILAI BERIKUT, SEBARANG PERUBAHAN KADAR YURAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN (TERMA DAN SYARAT).:-
- RM50/SEORANG (WARGA MALAYSIA) KATEGORI AMATUR.
- RM120/SEORANG (WARGA MALAYSIA) KATEGORI TERBUKA.
- RESIT PEMBAYARAN DIBERI SEBAGAI PENGESAHAN.
- TIADA YURAN DAFTAR TAHUNAN.
- YURAN DIBAYAR TUNAI/TRANSFER BANK TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA GAGAL HADIR/TIDAK BERTANDING PADA KETETAPAN SESI ACARA.
- KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN PIHAK YANG INGIN MEMBERI TAJAAN KORPORAT, SUMBANGAN DANA KEPADA PEMBANGUNAN SUKAN BELADIRI M1STRIKE.
Pengurusan Akaun dan Dilantik:- Founder M1STRIKE melantik M1S Resources bagi urusan penerimaan bayaran ke akaun bagi tujuan penyertaan dan juga lain-lain hal berkaitan urusan akaun pembayaran. Semua pembayaran hendaklah di bayar secara transfer ke akaun bank berikut:-
Nama Bank: RHB BANK
Penama Akaun: M1S RESOURCES
No. Akaun: 26225 0000 59594
