About

Pengenalan M1STRIKE

M1STRIKE berkeyakinan dan optimis acara baharu beladiri versi Malaysia. Acara ini berpotensi menarik minat petanding dari pelbagai aliran silat, pencak, beladiri mix martial arts sebagai gelanggang “platform” dalam pertandingan sukan beladiri M1STRIKE menjadi salah satu sukan beladiri popular peringkat kebangsaan.

Sukan beladiri ini diasas, direka dan dihasilkan oleh Tuan Aminuddin Bin Anuar supaya menjadi satu sukan perlawanan beladiri alternatif peminat sukan beladiri Semenanjung Malayasia, Sabah dan Sarawak.

Program M1STRIKE FIRE satu acara “Pencarian Bakat” beladiri dilangsungkan pada hujung minggu dua (2) kali sebulan membolehkan peserta yang terbaik dipilih dalam saringan sebagai petanding akhir M1STRIKE FIRE peringkat kebangsaan. Sila rujuk tarikh acara di kolum link Event.

Acara Terbuka M1STRIKE adalah acara perlawanan bersiri  tahunan bagi merebut Piala Sumbangsih Tuan Aminuddin Anuar.

Peserta perlu sihat tubuh badan, memiliki stamina, fitnes kecergasan daya tahan mental serta fizikal, skil kemahiran tinggi dan mampu berlawan dalam tempoh masa tiga (3) minit (katagori Amatur M1STRIKE FIRE) dan lima (5) minit (kategori Terbuka M1STRIKE) dalam perlawanan untuk satu (1) pusingan sahaja.


M1STRIKE – adalah logo rasmi acara sukan beladiri ini. Warna peragaan perkataan dengan merah dan biru.

M1STRIKE FIRE – logo acara program pertandingan “Pencarian Bakat”. Mengekalkan tulisan M1STRIKE merah dan biru dan ditambah perkataan “FIRE” bermaksud Fighter Recruiter. Acara perlawanan ini akan berlangsung Dua (2) kali di hujung minggu pada setiap bulan dibawah pengurusan M1S Resources.


PERINGATAN UMUM

AMARAN: LOGO M1STRIKE & M1STRIKE FIRE ADALAH MILIK ASAL REKAAN GRAFIK OLEH FOUNDER AMINUDDIN BIN ANUAR. DILARANG MENGGUNAKAN, MENYALIN, MENCETAK, MENYIAR MANA-MANA MEDIUM, UBAH SUAI REKA LETAK WARNA POSISI LOGO M1STRIKE & M1STRIKE FIRE INI TANPA KEBENARAN.

Semua hal berkait urusan penganjuran, promosi, kerjasama korporat, sumbangan sponsor, perbincangan, bahan arkib, siaran media, pengelolaan acara, venue, tarikh perlawanan pertandingan M1STRIKE dan M1STRIKE FIRE perlu mendapat persetujuan kerjasama, pengesahan lantikan bertulis dari pemilik/pengasas/founder beladiri pertandingan M1STRIKE /M1STRIKE FIRE Tuan Aminuddin Bin Anuar bagi mengelak penipuan hak intelek.