
M1STRIKE adalah fenomena baharu acara sukan tempur versi Malaysia diilham dan dihasilkan oleh Tuan Guru Aminuddin Anuar sekitar tahun 2020. Ini adalah sukan tempur campuran baharu dan merupakan versi Malaysia boleh dikelaskan sebagai terbaik sebagai alternatif sukan silat.
Sejarah
Namun begitu kita perlu juga menoleh kebelakang sejarah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia digelar pesilat kampung, bersampin kain batik juga mengenakan busana tengkolok batik terus maju dalam membangunkan sukatan Seni Silat Malaysia (SSM) di awal tahun 2000 sebagai keilmuan, kemahiran silat dalam bentuk kurikulum telah diolahkan diperingkat kebangsaan oleh Almarhum Tuan Guru Pendita Anuar Abd. Wahab (AMN) yang mana kewujudan sukan Silat Olahraga dipertandingkan pada tahun 1978 adalah buah tangan yang dibawa pulang oleh beliau dari Jakarta Indonesia.
Penjenamaan
Silat Olahraga terserlah sekitar tahun 1980an diwujudkan bersesuaian dengan keperluan memodenkan sebagai acara sukan. Secara tradisinya di Malaysia di gelanggang telah ada permainan silat di panggil tapak empat, silat pulut, papan sekeping, buah panggung dan bermacam-macam acara permainan tempur dari perlbagai perguruan namun bukan di sukankan secara aktivitinya di peringkat kebangsaan diadu lawan dari berlainan perguruan. Hal ini tidak akan berlaku kerana kebanyakan perguruan begitulah amalannya dengan RAHSIA PERGURUAN dan lebih-lebih lagi ungkapan BUAH RAHSIA. Persembahan silat biasanya di kampung-kampung hanya dalam tujuan keraian majlis perkahwinan atau hanya dalam acara-acara tertutup kalangan pelajar silat secara persendirian, kebanyakannya nama perguruan pun tidak didaftarkan secara sah di pendaftar pertubuhan. Oleh kerana Kerajaan telah menetapkan syarat wajib keperluan penyertaan keahlian perlu dengan syarat dan nama pertubuhan perlu didaftar tujuan menerima ahli maka berbondong-bondonglah guru-guru silat menamakan persatuan dengan nama pilihan yang sesuai ikut ilham masing-masing atau peturun dari guru tua atau secara persepakatan sesama ahli perguruan.
Sukan Silat Dari Silat Olahraga Ke Tanding
SIlat Olahraga telah dibukukan oleh Tuan Guru Anuar Abd. Wahab (AMN) di Dewan Bahasa Pustaka akhir tahun 1980an. Bahan bacaan ini boleh dikatakan laris di kalangan peminat silat di Malaysia. Sungguh pun begitu tidak dapat dipastikan adakah bahan bacaan ini sampai ke lain-lain negara di Asia Tenggara terutamanya Indonesia yang mana PERSILAT sebagai pendiri. Buku ini telah menjadi bahan rujukan mengajar, menambah ilmu dan koleksi para peminat silat dan bukan silat tanahair. Pertandingan Silat Olahraga ini pada asasnya mendapat sambutan yang baik dan meliputi aktiviti disemua peringkat sekolah-sekolah menengah (kategori remaja), daerah, negeri, kebangsaan hinggalah antarabangsa. Sekitar tahun 2008 telah berlaku rombakan acara oleh PERSILAT memperkenalkan nama baharu iaitu TANDING.
Silat Tempur
Saya selaku penulis laman ini ingin mengesahkan bahawasannya acara Silat Tempur telah dilaksanakan pertandingannya oleh Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar pada sekitar tahun 1998. Tujuan acara ini adalah satu perlawanan “prototype” gelanggang sejajar atau papan sekeping khusus untuk peserta remaja peringkat sekolah-sekolah menengah. Acara ini telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Jalan Bukit Kajang dan dihadiri peserta pelajar silat dari Sekolah Menengah SAAS Kajang, Sekolah Menengah Jalan Bukit, Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi Seksyen 2, Sekolah Menengah SMAP Kajang, Sekolah Menengah Ulu Langat. Acara ini adalah cetusan idea Tuan Guru Anuar dan telah minta penulis menyegerakan acara ini untuk dilihat sejauh mana keberkesanan kepada pelajar silat dalam memahirkan kaedah serang bela untuk diadaptasi perlawanan Silat Olahraga. Acara Silat Tempur telah berjaya hingga kini.
M1STRIKE Menjadi Fenomena
Untuk menghasilkan sesuatu acara perlawanan ini perlu disiplin antaranya kefahaman, pengalaman, pengetahuan dan faktor keperluan semasa. Penulis pada asasnya telah melalui pelbagai proses disiplin yang dinyatakan diatas. Sekarang ini ramai meminati acara perlawanan mix-martial arts seperti disiarkan di media sosial, kaca tv di pelbagai platform. Oleh kerana acara itu menjadi fenomena, apa kata kita juga mengikuti jejak tersebut tetapi dalam acuan kita juga. Silat Olahraga dan Silat Tempur dibawah acara perguruan ini telah sedia maklum, namun kita perlu satu anjakan dalam menghasilkan satu rupa perlawanan baharu yang meliputi aspek silat yang menyeluruh.
Saya beri contoh, Silat Olahraga menerap aspek jenisan serangan tangan seperti tumbukan depan, tendangan lengkar, tendang sisi, tendang belakang, ada sapuan untuk jatuhan. Perlawanan melalui tiga (3) babak dalam masa 3 minit setiap satu babak perlawanan. Sama juga seperti Tanding perlawanan hampir sama dan sedikit perubahan rupa rekaan gelanggang, kiraan mata perlawanan secara digital dan acara ini sepenuhnya dikawal oleh PERSILAT Indonesia.
Kita perlu menggarap satu acara baharu versi Malaysia dan penulis selaku pengasas menghasilkan M1STRIKE.
(…bersambung)
