Founder

FOUNDER/PENGASAS M1STRIKE

Tuan Aminuddin Bin Haji Anuar adalah merupakan founder atau pengasas M1STRIKE dan acara M1STRIKE FIRE (siri pencarian bakat/ fighter recuiter) yang diasaskan sukan pertandingan beladiri ini pada tahun 2020.

Beliau mengambil inisiatif tanggungjawab mengasas merangka, tugas mereka cipta dan meyusun peraturan perlawanan versi seni beladiri M1STRIKE untuk Malaysia, susun atur gelanggang, pengadilan, penilaian pemarkahan, tatacara pengendalian, keselamatan, koreografer  silat beladiri, hala tuju keputusan semua telah disenarai di olah secara langsung atau tidak langsung dari konsep silat tradisi atau sukatan silat moden tanpa perlu menciplak dan dihasilkan sendiri oleh beliau menerusi pengalaman yang diperolehi sepanjang 40 tahun lebih bergelumang dalam seni silat dan sedaya upaya di olah oleh beliau agar perjalanan sukan silat beladiri atas nama m1strike ini segar dan padat dengan aksi kemahiran beladiri tertinggi agar dapat diterima semua peringkat masyarakat penggemar sukan pertarungan ini. Sungguhpun telah ada acara sukan pertarungan terdahulu seperti Silat Olahraga namun kaedah perlawanan tidak lengkap dan masih ada kekurangan praktikal di sudut teknik dan tektik, oleh itu pengembangan pesilat sebagai petanding dalam perlawanan M1STRIKE serta pengurusan dan pengadilan lebih menyeluruh dan kompak.

Dalam anggota keluarga beliau adalah anak sulung dari tiga beradik kepada arwah Tuan Guru pendeta Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (bapa) yang merupakan Pengasas Guru Utama pertama (1) Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) sekitar tahun 1976, dan kini Aminuddin Bin Anuar bertindak sebagai penerus perguruan ini dengan mengambil alih tanggungjawab sebagai Guru Utama ke-dua (2) mengambil tanggungjawab tugasan sejak tahun 2013 hingga kini, beliau adalah salah seorang pengasas Persekutuan Silat Olahraga Nasional PESONA dan terkini beliau dipilih serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Dua (2) PESAKA Sandakan, Sabah 2026.

Berpengalaman beliau tidak perlu disangkalkan lagi dari segi pengurusan silat, mengendalikan pelbagai aktiviti seminar bengkel kursus silat juga selaku tenaga pengajar jurulatih bertauliah perguruan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia PSGFM dalam dan luar negara antaranya negara Austria dan France dengan memegang jawatan Setiausaha Majlis Jurulatih PSGFM 1995-2013, penggerak asal program pertandingan Silat Tempur PSGFM 1998 idea cetusan Tuan Guru Anuar. Beliau merupakan juara silat kebangsaan, mewakili pasukan Malaysia di pentas kejuaraan silat sedunia yang berlangsung di Indonesia tahun 1992 dan Thailand tahun 1994. Di peringkat kebangsaan beliau telah bergelumang sejak berlatih secara serius sejak umur 16 tahun hingga boleh menyertai beberapa siri pertandingan seperti Kejuaraan Seni Silat Malaysia bagi kategori Seni Solo (putera) dari tahun 1990-1995, meraih Juara (1) Seni Silat Solo MAKSAK Kebangsaan (Team Kuala Lumpur) 1995, di peringkat pertubuhan pula beliau pernah memenangi acara Silat Pulut (Silat Melayu) juara B Putera berlangsung di Batu Kurau Perak sekitar tahun 1992 dan di Universiti Malaya 1994, memegang status ahli seumur hidup PSGFM hingga kini, terkini beliau adalah pemilik laman official m1strike.com serta merupakan pemilik tunggal logo ® Seni Gayung Fatani Malaysia berdaftar sah di MYIPO.