Teknik Asas Latihan Dalam M1STRIKE

Memahami Teknik dan Kaedah

Sasaran Sah di Nilai Markah (10 point)

Pesilat atau petanding harus diberi kefahaman agar berupaya menampilkan prestasi maksimum (10 point), manakala seorang petanding yang gagal mengekalkan keupayaan sama ada teknik, stamina, pengawalan permainan, pengawalan gelanggang atau ketahanan mental mahupun ada kecederaan ianya akan dianggap pengurangan point dari angka -9 dan seterusnya kebawah ke angka 0 bergantung prestasi perlawanan tersebut. Pemotongan markah atas sebab teguran oleh pengadil juga akan mengurangkan markah asas, setiap teguran tolak -1 point. Markah penuh sebenar akan diumumkan sekiranya perlu dan keputusan perlawanan adalah diputuskan oleh PENGADIL perlawanan sejurus selesai perlawanan dan melakukan pengumuman pemenang. Sasaran SAH adalah seperti berikut:-

  1. Dahi
  2. Badan – Dada, Perut dan bahagian rusuk sahaja
  3. Sasaran lain tidak dinilai seperti peha, kaki, lengan atau ponggong dan belakang badan
  1. Tangan – Tumbukan kepal, Parang, Tetak, Sauk, Siku Tebar Luar, Tembi belakang tangan
  2. Kaki – Tendangan depan, tendang sisi, tendangan lengkar, tendangan belakang, sepak, lutut
  3. Sapuan jatuh – gunting, kuis, kait, sapuan lantai depan atau posisi belakang
  4. Kunci – Kuncian pada bahagian tangan atau kaki sahaja

Petanding perlu menerap erti semangat KESUKANAN dalam pertandingan ini, agar sama-sama saling hormat menghormati, adat kalah atau menang adalah asam garam pertandingan.

Perkara Larangan

  1. Menyerang sasaran muka, belakang kepala, leher
  2. Siku pacak, hentak, mencakar, tempeleng, tampar, ketuk, sepak dalam posisi lawan di lantai
  3. Hempasan badan lawan dengan kaedah tangkap dan ingin melakukan jatuhan

Kaedah Pola Langkah

Pesilat hendaklah bergerak dengan kaedah langkah silat, beladiri, pencak dalam sikap menghampiri musuh semasa berlawan dan tidak dibenarkan berlari-lari anak, melompat atau langkah ting-ting kaki bergerak secara silat atau beladirin mengikut perguruan dipelajari masing-masing adalah lebih baik.

Kaedah Pertahanan

  1. Tangkis, tepis, hambat, kuak, tebat, hasta atas atau bawah atau sebagainya boleh disesuaikan mengikut keperluan mengelak menangkis serangan tangan.
  2. hambat kaki, tampan selak atau sebagainya bagi kaki.
  3. Kuda-kuda pesilat mengikut aras yang bersesuaian dalam hal teknik pertahanan mungkin juga dalam tujuan serangan.
  4. Selagi pesilat masih bersentuhan dalam “kaedah sagang” silat atau tangan berpegangan dalam posisi lantai “grappling” atau dipanggil “bergelut” aksi perlawanan diteruskan bagi tujuan aksi menghasilkan KUNCIAN (point KO)

Mengaku Kalah

  1. Pesilat yang di kunci boleh menepuk sekali atau berulang kali mana-mana bahagian lantai gelanggang, atau mana-mana bahagian anggota badan lawan bagi menunjukkan kepada pengadil bahawa dia tidak mahu meneruskan perlawanan, pengadil perlu cekap memerhati situasi proses kuncian ini.
  2. Membaling kain (tuala muka) putih atau sebagainya dari sudut oleh pembantu gelanggang pesilat
  3. Tarik diri sebelum bermula perlawanan, atau sewaktu masuk kegelanggang
  4. Menentukan kiraan dimulakan dari detik menurun 5 hingga 0 menandakan kewajaran hukum menilai menandakan tewas
  5. Keputusan kiraan pengadil adalah muktamat
  6. Penilaian Juri adalah bertujuan sekiranya pengadil tidak dapat memberi keputusan umum dan adalah muktamat kepada pemenang.

Timbangan Pesilat/peserta

Penilaian berat (kg) kategori adalah dirujuk. Peserta harus mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Masa Perlawanan

3 minit sahaja.

Latihan Di Gelanggang

Bergantung kepada perguruan masing-masing ada cara kaedah pelajaran dan sistem latihan. Latihan M1STRIKE ini boleh dan sesuai dijadikan tambahan kepada salah satu kurikulum aktiviti silat/beladiri/pencak digelanggang. Proses dan cadangan fokus kepada latihan ini adalah “tips” ringkasan cara bagaimana Jurulatih dan Guru di gelanggang melakukan penerangan ringkas serta aplikasi memahami aspek perlawanan M1STRIKE. Apakah yang perlu dilatih dari sudut teknik dan tektik yang sesuai kepada pesilat?